1) TIDAK BERASA BANGGA
Pernahakah anda berasa tidak bangga dan gembira dengan apa yang anda kecapi di tempat kerja? Walaupun segala tugasan disemprnakan, anda tetap rasa sama saja. Atas sebab-sebab tertentu, anda tetap teruskan jua.
Jika begini, anda disarankan untuk berhenti dan cubalah kerjaya yang lain. Yang pasti, produktiviti anda pasti akan merundum jika diri sendiri tidak berbangga dengan segala hasil titik peluh yang diusahakan kini.
2) "ZERO LESSON"
Berwaspada jika anda mengalami krisis ini. Sudah hampir tiga empat tahun, namun jauh di sudut hati anda berasa kosong dan tiada output yang diterima bagi memantapkan prestasi. Apa jua yang anda lakukan, anda masih terpinga-pinga dan perlukan pemerhatian berterusan. Jika begitu, sudah tiba masanya anda tinggalkan kerusi meja dan siap berkemas.
3) BUKAN SOAL GAJI
Sudah pastinya soal gaji menjadi antara aspek utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Namun, jika gaji lumayan yang ditawarkan masih belum mampu menggembirakan anda, malah masih membuat anda gusar dan tidak tenteram, pastinya terdapat faktor lain. Selidik faktor-faktor tersebut dan peranginya sehabis baik. Jika masih tidak berhasil, apa lagi yang anda tunggu?
4) BERSENDIRIAN
Pernahkah anda merasa sunyi di tempat kerja? Walaupun dikelilingi rakan sekerja yang ramai, namun anda masih mengalami masalah pergaulan dan sukar untuk bersama dalam kelompok mereka.
Berdasarkan kajian Office Network, komunikasi dua hala adalah positif antara penjawat-penjawat lain dalam sebuah organisasi amat penting dan memberi kesan positif dalam gerak kerja serta prestasi secara keseluruhan.
5) TIADA PERKEMBANGAN
Anda salah pilih kerjaya atau berada dalam pekerjaan yang salah jika tidak memiliki kesempatan untuk meningkatkan keupayaan diri sendiri atau tidak dapat mengambil apa-apa keuntungan daripada bidang yang anda ceburi. Pekerjaan yang sempurna ialah pekerjaan yang memberikan laluan untuk anda berkembang dari segi intelektual, prestasi, output, dan komunikasi dari semasa ke semasa.
6) DOMINASI MALU
Apabila anda keluar bersama rakan-rakan (bukan sepejabat), anda seolah-olah malu dengan pekerjaan anda. Anda mencuba sehabis baik untuk tidak menyentuh sebarang topik perbualan mengenai kerjaya anda sekarang.
Pastinya,anda telah didominasi oleh perasaan malu. Perasaan malu secara tidak langsung menghambat kemampuan diri untuk menjadi efektif daripada menjalin hubungan dengan dunia luar.
7) TERLEPAS PANDANG
Sekiranya rakan sepejabat mendapat kenaikan gaji atau pangkat, sedangkan anda pula tidak (tidak berganjak), walaupun anda yakin anda berhak (dari segi kelayakan, tarikh mula berkhidmat), maka ini juga petanda kemungkinan bahawa anda tidak akan kekal lama.
Namun kebanyakannya (takut meninggalakan kerja sekarang kerana risau tidak mendapat kerja lain di masa hadapan) ia merupakan antara punca pekerja masih kekal di tempat kerja lama walaupun mereka tahu mereka salah pilih kerjaya mereka.
Kesimpulannya, bermula dari minda kita, fikir dan rancang pekerjaan yang kita impikan sebelum terlambat dan buat pilihan perkerjaan yang lebih baik dari sebelum ini. Sama-sama kita memajukan diri.
No comments:
Post a Comment