Mengikut pemerhatian dan kejadian kes yang diterima, 3 daripada 5 pesakit melakukan kesilapan semasa terkena air panas. Dan kebanyakan mereka adalah daripada golongan amah atau pembantu rumah dan kebanyakan majikan mereka tidak tahu untuk memberikan rawatan awal di rumah terhadap mereka.
Berikut dapat diringkaskan antara 3 kesilapan semasa terkena air panas :
Kesilapan #1 - Mengeringkan air dengan menggosok
Kesilapan ini seringkali berlaku di kalangan pembantu rumah semasa terkena air panas. Dimana kebanyakkan majikan mereka mengeringkan air tersebut dengan menggosok mengunakan tuala, tisu atau kain yang kering. Ini kerana, menggosok dengan kain yang kering boleh menyebabkan tisu kulit mangsa akan luka dan mengalami leceran kerana ketika ini kulit mangsa sangat mudah terkoyak di sebabkan kelecuran. Mungkin tidak sepenuhnya tetapi boleh berlaku pada bahagian Epidermis atau lapisan luar kulit.
Panduan : Semasa terkena air panas, tidak perlu tunggu sehingga ia kering sebaliknya tutup bahagian kulit yang terkena air panas dengan tuala, tisu atau kain yang basah atau bahasa mudahnya lakukan "demahan sejuk" pada bahagian kulit yang terkena air panas. Ini sedikit sebanyak mengurangkan kesakitan dan inflamasi atau kecederaan pada kulit mangsa.
Kesilapan #2 - Menyapu Minyak Panas
Di kalangan masyarakat Malaysia hari ini, sudah biasa dengan rawatan tradisional terutama sekali masyarakat kaum cina yang gemarkan penggunaan herba sejak daripada nenek moyang mereka. Fahaman ini di bawa hingga ke masa kini dan ada juga majikan yang menggunakan minyak panas herba semasa terkena air panas terhadap pembantu rumah mereka.
Penggunaan minyak panas semasa terkena air panas adalah silap sama sekali walaupun tiada apa-apa kesan terhadap kulit tetapi ia akan menjadikan mangsa bertambah derita menahan kesakitan yang dialaminya. Umpama luka yang diletakkan cili api, sangat pedih.
Panduan : Jangan terlalu mengikut kata-kata orang dulu-dulu kerana bukan semuanya boleh di guna pakai pada masa kini. Sebaliknya sapulah bahagian kulit tersebut dengan krim khas Silver Sulfadiazine 1% Cream (SSD) atau lain-lain krim yang bersesuaian yang terdapat di pasaran. Kegunaan krim ini lebih kepada kulit melecur atau terbakar yang nipis.
Kesilapan #3 - Memecahkan Lepuh
Memecahkan lepuh atau Blister pada bahagian kulit yang terkena air panas ini sering dilakukan pada mana-mana individu kerana mungkin mereka berasa geli atau tidak selesa dengan keadaan kulit mereka. Sekiranya ini dilakukan, peratus untuk terkena jangkitan kulit adalah tinggi kerana kulit merupakan organ pelindungan daripada jangkitan.
Panduan : Elakkan daripada memecahkan lepuh pada kulit tersebut untuk mengelakkan jangkitan, sebaliknya biarkan atau tutup dengan kain basah. Bawa ke klinik atau hospital dengan segera dan kandungan air pada lepuh / blister tersebut akan dikeluarkan jika perlu dengan teknik yang bersih.
Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca dan pastikan 3 kesilapan semasa terkena air panas ini tidak berulang.
Klik di sini untuk mendapatkan info lanjut.
Klik di sini untuk mendapatkan info lanjut.
2 comments:
salam, saya ada hasilkan krim sdh trbukti brkesan utk trkena air, minyak, atau besi panas, api. Disapu rasa sejuk n kurang sakit.Jika disapu segera insyaAllah tak jadi merah, melepuh atau bernanah.Dlm masa singkat kembali spt biasa. Yang lama sudah melepuh, berair juga akn cepat sembuh.Sgt elok simpan 1 kotak utk kecemasan. Dptkn terus dr Hj Man 0134389413. Krim Mutiara Bumi.Harga RM 12.00 satu..tk
Terima kasih tuan atas info yang diberikan.
Post a Comment