Seminar Intensif Jutawan Industri #2

Alhamdulillah, selesai sudah untuk sesi hari yang ke-2 penglibatan saya di dalam seminar Intensif Jutawan Industri dan bagi yang terlepas boleh klik di sini.

     Untuk kali ini, saya ingin berkongsikan apa yang saya dapat serba sedikit pengalaman setelah seharian kami di beri informasi, ilmu dan tips dari pagi  sampai ke malam tanpa henti-henti sehingga rasa sangat-sangat keletihan dan tak mampu untuk menyerap apa yang diberikan lagi.

    Tetapi saya cuba untuk menghargai setiap saat yang saya ada di dalam majlis ilmu itu kerana bagi saya ilmu yang di sampaikan sangat bermakna dan walaupun seharian penuh kami duduk belajar dan belajar, energy yang ada dalam seminar itu amat dasyat. Tenaga yang setiap peserta berikan membuatkan saya bersemangat sehingga kami sama-sama menari, melompat dan menjerit membuatkan betapa seronoknya menuntut ilmu dan apa yang saya dapat adalah "persekitaran kita, mempengaruhi kita".
    
   Dengan persekitaran yang bertenaga membuatkan saya bertenaga dan bersemangat untuk menuntut ilmu walaupun berapa lama sekali pun saya sanggup. Ia sangat nikmat pada diri saya.
     
      Banyak perkara yang saya belajar hari ini dan ia terlalu banyak untuk di kongsikan. Tetapi apa yang boleh saya ringkaskan tentang hari ke-2 seminar Intensif Jutawan Industri adalah menggalakkan dan menyuruh kita dan sesiapa sahaja untuk berkongsi serta menulis apa-apa yang kita tahu dalam bidang kita yang kita minati. Bunyi agak mustahil, tetapi apa salahnya kita mencuba.

         Dalam banyak-banyak isu yang di berikan saya dapati kebanyakan yang mentor Dr. Azizan Osman beri adalah dengan berkongsi kisah hidup, kisah jatuh bangun dalam sesebuah perniagaan dan beliau lebih menekankan 'How', bagaimana kita dapat menambah nilai dalam hidup orang lain. Menunjukkan betapa pentingnnya untuk kita memberi dan membantu orang lain dan dari situlah kita akan dapat hasilnya.



"The more you give, the more you get" 
       
        Kata-kata ini memberi inspirasi bagi saya dan ia sangat menakjubkan, kerana dulu bagi saya memberi itu bukannya satu kepentingan yang mustahak dalam kehidupan manusia walaupun saya tahu bahawa "Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima" sehinggalah saya di dedahkan tentang kepentingan kita menambah nilai kepada hidup orang lain di dalam seminar ini.
        
        Sampai sini sahaja serba sedikit perkongsian yang dapat saya kongsikan bersama. Diharap ia memberi sedikit ilmu kepada anda yang membaca dan saya ucapkan terima kasih. Insya'Allah perkongsian ini akan berterusan sehingga penghujung seminar Intensif Jutawan Industri.

Kata : Saya Jutawan Industri!  

               

No comments: