Nikmat 1K menjadi 4K

Dalam topik ini saya menekankan nikmat formula yang dipanggil “Nikmat 1K menjadi 4K” iaitu nikmat yang selama ini kita terlepas pandang dan mengambil ringan tentangnya. Daripada nikmat 1K inilah yang yang akan menjempunt 4K berikutnya.

Nikmat yang dimaksudkan dan paling berharga ini adalah nikmat KESIHATAN. Sedar atau tidak lebih separuh manusia di muka bumi ini tidak menghargai nikmat kesihatan yang telah dianugerahkan dan mengabaikannya sehinggalah mendapat penyesalan yang tidak berpenghujung iaitu penyakit.

Memang kita tidak dapat nafikan setiap daripada kita tidak lari daripada mendapat penyakit tetapi menjadi tanggungjawab kita untuk menghargai dan menjaga nikmat kesihatan ini dengan baik melalui gaya hidup seharian yang sihat.

Jadi dengan nikmat KESIHATAN ini anda bakal menjemput 4K berikutnya ;

Nikmat #1 – Kesyukuran

Dengan adanya kesihatan, kita dapat meningkatkan amal-amal ibadat dan membawa kita untuk mendekatkan diri kepada Tuhan dan secara tidak langsung timbul rasa kesyukuran dengan nikmat yang dianugerahkannya .

Nimat #2 – Kebahagiaan

Kebahagiaan tidak akan ada tanpa adanya kesihatan. Badan yang sihat membolehkan kita untuk senyum, ketawa, bergurau senda dan berjenaka bukan sahaja dengan ahli keluarga kita malah dengan semua orang. Dengan itu kita dapat merasai nikmat kebahagiaan hidup di muka bumi ini dan juga di akhirat kelak.

Nikmat #3 – Kejayaan

Setiap manusia mempunyai impian dan cita-cita untuk berjaya. Tanpa kesihatan yang baik kita tidak dapat mencapai kejayaan yang di impikan, malah lebih teruk lagi kejayaan itu hanya menjadi  angan-angan semata-mata. Dengan adanya kesihatan kita akan lebih bertenaga untuk mengejar impian dan mencapai kejayaan yang di impikan dalam kehidupan kita.

Nikmat #4 – Kekayaan

Kekayaan disini bukan bermaksud wang semata-mata, malah lebih dari itu. Ia merangkumi keseluruhan kekayaan sama ada kaya dari segi ilmu, kaya harta, dan kaya budi bahasa. Jadi, tanpa kesihatan yang satu ini mungkin atau sukar untuk kita mengecapi nikmat kekayaan di dunia ini dan di akhirat kelak.


p/s : Hargai dan jagalah nikmat kesihatan yang di anugerahkanNya.

Anda sihat anda akan syukur, bahagia, kaya dan berjaya.

No comments: