Formula NASI Dalam Rawatan Awal Kecemasan


Bagi perkongsian kali ini, saya ingin bercerita tentang formula NASI yang sudah lama diguna pakai di dalam rawatan awal kecemasan khususnya untuk kecederaan semasa bersukan. Mungkin ada sesetengah anda yang sudah sedia maklum tentang formula ini, tetapi ada juga yang tidak tahu atau kurang tahu tentangnya dan ini sekadar perkongsian untuk peringatan kita bersama.

    Nasi atau dalam bahasa Inggerisnya “Rice” merupakan makanan harian kita, tetapi disebalik perkataan Rice itu juga adalah merupakan prinsip yang digunapakai di dalam rawatan awal kecemasan kecederaan sukan dan juga bukan sukan.

Dalam artikel kali ini ada kena mengena dengan artikel sebelum ini ?? "4 Kesalahan apabila Terseliuh"

Prinsip R.I.C.E :

R - Rest

Tindakan dan langkah pertama yang perlu dan sepatutnya kita buat adalah “merehatkan” bahagian yang mengalami kecederaan serta bersihkan luka sekiranya ada luka. Dalam kata lain minta mangsa supaya tidak menggerakkan anggota yang cedera sama sekali. Ini secara praktikalnya akan memberikan 3 kelebihan kepada mangsa:

#1 – Dapat mengurangkan kesakitan yang dialami

#2 – Mengelakkan kecederaan menjadi semakin teruk.

#3 – Mengurangkan inflamasi. [maksud inflamasi klik disini

I – Ice

Tindakan kedua yang perlu di buat dalam rawatan awal kecemasan ini ialah melakukan demahan sejuk dengan ais batu atau bahasa lain lapik bahagian cedera samaada dengan sapu tangan atau tuala kecil sebelum meletakkan ketulan ais atau “ice pack” selama 15 ke 30 minit. Terdapat 4 tindakbalas yang dirasai oleh mangsa :

1* - 3 minit      : sejuk.
2* - 8 minit      : panas.
3* - 10 minit    : seperti menyucuk.    
4* - >10 minit  : kebas.

Kelebihan daripada demahan sejuk ini juga adalah [pertama] mengurangkan kesakitan kesan daripada rasa kebas, [kedua] mengurangkan kesan bengkak pada bahagian terlibat oleh tindakbalas pengecutan salur darah kesan daripada demahan sejuk tersebut. 

C – Compress

Maksud compress di sini ialah membalut, melilit atau mengikat bahagian terlibat sama ada dengan pembalut crepe bandage atau kain yang bertujuan untuk mengurangkan dan menghentikan pendarahan jika berlaku di samping mengurangkan kebengkakan.

Teknik ini juga diguna pakai dalam rawatan awal kecemasan untuk kecederaan selain sukan seperti luka terkena pisau atau jatuh yang menyebabkan pendarahan.

E - Elevete

Tinggikan anggota yang cedera atas daripada aras jantung kita. Ini bertujuan supaya tidak berlakunya 'kongesi darah' atau bahasa mudah pengumpulan cecair badan ke bahagian terlibat dan secara tidak langsung mengurangkan tekanan pada anggota tercedera.

Kesan daripada pengurangan tekanan itu dapat [pertama] membantu menghentikan pendarahan jika ada, [kedua] membantu dalam mengurangkan inflamasi dan bengkak.

p/s : Elakkan mengurut dalam tempoh 24 jam pertama pada bahagian cedera kerana ini boleh menyebabkan pendarahan (jika ada) atau bengkak menjadi semakin teruk.

pp/s : Rawatan pertolongan cemas yang dicadangkan terutama 24 ke 48jam yang pertama.

ppp/s: Semoga keempat-empat formula RICE / Nasi ini dapat manfaat dan dipraktikkan oleh anda yang sedang membaca sekarang ini dalam rawatan awal kecemasan.


Klik Di Sini untuk maklumat lanjut
--->> http://bit.ly/panduan-pertolongancemas



No comments: