Seminar Intensif Jutawan Industri #4

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, selesai sudah sesi seminar Intensif Jutawan Industri dan sepanjang 4 hari ini kami di dedahkan dengan  bermacam-macam ilmu bermanfaat untuk di gunakan dalam industri masing-masing.

    Hari ini adalah hari yang terakhir saya berada di dalam seminar ini yang bagi saya satu-satunya seminar yang memberi banyak makna dalam hidup saya dan suatu pengalaman yang menakjubkan kerana dalam kebanyakkan masa saya di kelilingi dengan suasana yang positif, aura yang positif dan secara tidak langsung mempengaruhi diri saya untuk menjadi positif.

     Istimewanya hari yang terakhir ini, hanya segelintir peserta sahaja yang terpilih untuk berada di dalam seminar yang bagi saya lain dari yang lain kerana ia merupakan sesi khas MasterMind iaitu sesi soal jawab yang sangat efektif. 

     Yang mengagumkan saya adalah setiap kali soalan yang di tujukan kepada mentor Dr. Azizan Osman, beliau menjawab dengan ringkas, jelas dan setiap jawapannya ada berkait rapat dengan semua peserta. Bagi saya beliau adalah seorang pakar yang sebenar.
    
     Seterusnya kami dilatih secara praktikal tentang teknik untuk bercakap dengan golongan yang HighClass atau orang yang mempunyai perniagaan yang besar dalam masa hanya 30 saat dan ia sangat efektif.


       Saya berpeluang sekali lagi bersama-sama dengan Bill Walsh iaitu America's Business Expert & Coach pada sebelah petang yang sememangnya saya nanti-nantikan kerana bukan mudah untuk berjumpa, belajar dan mendengar daripada pengalamannya membina sebuah perniagaan yang berjaya serta membantu melonjakkan perniagaan sesebuah syarikat ke peringkat global dan setiap seminar yang dianjurkan memerlukan pelaburan sehingga berpuluh ribu ringgit $$$ hanya untuk satu sesi bersamanya. Saya amat bertuah.

Terima kasih kepada syarikat RichWork dan mentor Dr. Azizan Osman.

Katakan : Saya Seorang yang Positif!
       

Seminar Intensif Jutawan Industri #3

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdullilah, kerana saya diberi kesempatan lagi untuk berkongsikan pengalaman saya dalam menghadiri seminar Intensif Jutawan Industri untuk hari yang ke-3 ini yang sememangnya berbeza-beza pada setiap hari.

     Baiklah, straight forward apa yang saya alami sepanjang seminar untuk hari yang ke-3 ini boleh di ringkaskan dengan 4 perkara :



1) Baju RichWork

    Hari ini adalah hari pertama saya memakai baju khas rekaan syarikat RichWork yang bagi saya sangat cantik dan semua peserta pada masa itu kebanyakaannya memakai baju yang sama.

      Ini membuatkan saya berasa teruja dan bersemangat untuk sesi hari yang ke-3 ini walaupun secara logiknya kami semua kepenatan dan ia membuatkan kami seperti satu keluarga hanya dengan memakai pakaiaan yang sama.

2) Kata-kata Emas

    Semasa hari yang ke-3 seminar Intensif Jutawan Internet ini dalam hidup saya inilah pengalaman yang sangat bermakna kerana saya telah menerima 'kata-kata Emas' kepada saya apabila saya berkongsi niat atau idea saya kepadanya dan di jawab. "Jika anda melakukan ini, abanglah org yang pertama support".


     Kata-kata itu memberikan saya perasaan yang tidak pernah saya rasa dan rasa seperti teruja, ghairah dan membuatkan api semangat dalam diri saya semakin membesar. InsyaAllah, saya akan sedaya upaya merealisasikan niat saya itu untuk kebaikan semua orang.  

3) Online Plan

    Sesi petang kami diajar tentang strategi pemasaran secara dalam talian dan sememangnya amat memeranjatkan saya kerana ianya mempunyai potensi yang besar untuk mendapat market bukan sahaja dalam negara tetapi secara global. 

     Sedar atau tidak bahawa dunia sekarang mengalami satu revolusi dimana suatu masa nanti segala bisnes kebanyakan menggunakan sistem dalam talian atau dalam bahasa jawanya Online dan perlunya pemahaman tentang Business Technology iaitu stategi bisnes teknologi terkini yang praktikal.


4) Dinner Bersama Bill Walsh

     Pada sesi malam saya dan semua peserta seminar Intensif Jutawan Industri berpeluang merasai suasana majlis formal makan malam di Hotel Istana Kuala Lumpur bersama mentor Dr. Azizan Osman dan Bill Walsh salah seorang jutawan dunia dari Amerika dan merupakan speaker, jurulatih dan pakar yang membantu syarikat melonjak ke peringkat global.


   Perasaan sangat-sangat teruja dan gembira kerana berpeluang berjumpa dengan beliau dan mendengar kata-kata darinya serta servis dan layanan makanan yang High Class yang sememangnya saya impikan selama ini. Saya sangat mengharapkan suatu hari nanti saya akan berada di kalangan mereka untuk membantu orang lain berjaya bersama-sama.



Seminar Intensif Jutawan Industri #2

Alhamdulillah, selesai sudah untuk sesi hari yang ke-2 penglibatan saya di dalam seminar Intensif Jutawan Industri dan bagi yang terlepas boleh klik di sini.

     Untuk kali ini, saya ingin berkongsikan apa yang saya dapat serba sedikit pengalaman setelah seharian kami di beri informasi, ilmu dan tips dari pagi  sampai ke malam tanpa henti-henti sehingga rasa sangat-sangat keletihan dan tak mampu untuk menyerap apa yang diberikan lagi.

    Tetapi saya cuba untuk menghargai setiap saat yang saya ada di dalam majlis ilmu itu kerana bagi saya ilmu yang di sampaikan sangat bermakna dan walaupun seharian penuh kami duduk belajar dan belajar, energy yang ada dalam seminar itu amat dasyat. Tenaga yang setiap peserta berikan membuatkan saya bersemangat sehingga kami sama-sama menari, melompat dan menjerit membuatkan betapa seronoknya menuntut ilmu dan apa yang saya dapat adalah "persekitaran kita, mempengaruhi kita".
    
   Dengan persekitaran yang bertenaga membuatkan saya bertenaga dan bersemangat untuk menuntut ilmu walaupun berapa lama sekali pun saya sanggup. Ia sangat nikmat pada diri saya.
     
      Banyak perkara yang saya belajar hari ini dan ia terlalu banyak untuk di kongsikan. Tetapi apa yang boleh saya ringkaskan tentang hari ke-2 seminar Intensif Jutawan Industri adalah menggalakkan dan menyuruh kita dan sesiapa sahaja untuk berkongsi serta menulis apa-apa yang kita tahu dalam bidang kita yang kita minati. Bunyi agak mustahil, tetapi apa salahnya kita mencuba.

         Dalam banyak-banyak isu yang di berikan saya dapati kebanyakan yang mentor Dr. Azizan Osman beri adalah dengan berkongsi kisah hidup, kisah jatuh bangun dalam sesebuah perniagaan dan beliau lebih menekankan 'How', bagaimana kita dapat menambah nilai dalam hidup orang lain. Menunjukkan betapa pentingnnya untuk kita memberi dan membantu orang lain dan dari situlah kita akan dapat hasilnya.



"The more you give, the more you get" 
       
        Kata-kata ini memberi inspirasi bagi saya dan ia sangat menakjubkan, kerana dulu bagi saya memberi itu bukannya satu kepentingan yang mustahak dalam kehidupan manusia walaupun saya tahu bahawa "Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima" sehinggalah saya di dedahkan tentang kepentingan kita menambah nilai kepada hidup orang lain di dalam seminar ini.
        
        Sampai sini sahaja serba sedikit perkongsian yang dapat saya kongsikan bersama. Diharap ia memberi sedikit ilmu kepada anda yang membaca dan saya ucapkan terima kasih. Insya'Allah perkongsian ini akan berterusan sehingga penghujung seminar Intensif Jutawan Industri.

Kata : Saya Jutawan Industri!  

               

Seminar Intensif Jutawan Indusri #1

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman hari pertama mengadiri Seminar Intensif Jutawan Industri (IJI) kendalian Dr Azizan Osman yang berlangsung pada 23hb hingga 26hb November 2012.

*copp!

Anda kenal tak siapa dia? kalau kenal baguslah, kalau yang tak kenal maka? Tak cinta. Hehe [motif??]

Jadi siapa dia? Beliau adalah seorang pakar jurulatih pemasaran No.1 Malaysia atau dalam bahasa jawanya Expert coach in marketing. Dia seorang yang sangat-sangat inspire me, kerana kisah kejayaan dia yang dia kongsikan bersama dan semangat yang dia tunjukkan. He is my Mentor.  

      Jadi berbalik kepada topik kita, seminar ini saya hadir kali pertama sepanjang hidup saya. Walaupun badan agak letih setelah satu hari suntuk berada dalam seminar Intensif Jutawan Industri, saya tetap kuatkan semangat untuk berkongsi pengalaman saya yang amat berharga kepada anda semua.

  • Pengalaman yang amat bermakna dalam hidup saya bila melihat ramai orang hebat yang sememangnya sudah pun berjaya dan penuh bersemangat datang untuk menuntut ilmu membuatkan diri saya ini tersentap! dan apa yang saya dapat disini ialah, walaupun kita sudah berjaya dalam apa jua bidang, jangan sesekali pun kita  berhenti menuntut ilmu.
  • Saya juga berpeluang berkenalan dengan sahabat baru yang kebetulan juga tinggal bersebelahan dengan bilik saya di salah sebuah hotel berdekatan dengan seminar yang dijalankan. Sedikit sebanyak membuatkan saya tidak rasa keseorangan menghadiri seminar Intensif Jutawan Industri ni.
  • Sesi petang saya berpeluang berjumpa salah seorang yang tidak kurang hebatnya. Beliau adalah salah seorang pakar dalam bidang hartanah iaitu Saufi Karim (SK) yang juga menjadi inspire kepada saya dalam bidang hartanah. Bersama-sama beliau adalah seorang Managing Director bagi e-bukPOWER iaitu En. Shamsudin atau nama manjanya Sham yang boleh membantu sesiapa yang mahu membuat e-book.
  • Perkara yang paling manis untuk hari ini, saya berpeluang menaiki pentas dan bersalaman dengan Mentor Azizan Osman sempena menyambut hari lahir kakitangannya pada hari ini dan untuk peserta yang menyambut hari lahir pada bulan november.
      Secara overall, permualaan hari pertama ni sangat-sangat bermakna bagi saya walaupun agak letih sebab sepanjang hari kami di beri info dan ilmu yang sangat bermanfaat dalam aspek kehidupan seharian. 
      
      Terlalu banyak ilmu yang dikongsi dan diberikan sehingga otak ni tak terdaya nak terima semuanya. 
      
      Untuk ini sahaja perkonsian saya, mata pun sudah mula berbuai. Esok Insya'Allah saya akan berkongsi pengalaman hari ke-2 di seminar Intensif Jutawan Industri.

Katakan : Saya Kaya & Berjaya!

7 Tanda Anda Salah Pilih Kerjaya

Dalam minggu ini admin ada terbaca satu artikel yang menarik, yang serba sedikit ada kaitan dengan diri sendiri, hehe. Jadi, tergerak hati untuk berkongsi dengan anda semua yang mungkin ada dikalangan anda yang salah pilih kerjaya. Jadi, jom kita amati supaya anda boleh bersedia pada bila-bila masa.

1) TIDAK BERASA BANGGA

   Pernahakah anda berasa tidak bangga dan gembira dengan apa yang anda kecapi di tempat kerja? Walaupun segala tugasan disemprnakan, anda tetap rasa sama saja. Atas sebab-sebab tertentu, anda tetap teruskan jua. 
   Jika begini, anda disarankan untuk berhenti dan cubalah kerjaya yang lain. Yang pasti, produktiviti anda pasti akan merundum jika diri sendiri tidak berbangga dengan segala hasil titik peluh yang diusahakan kini.

2) "ZERO LESSON"

   Berwaspada jika anda mengalami krisis ini. Sudah hampir tiga empat tahun, namun jauh di sudut hati anda berasa kosong dan tiada output yang diterima bagi memantapkan prestasi. Apa jua yang anda lakukan, anda masih terpinga-pinga dan perlukan pemerhatian berterusan. Jika begitu, sudah tiba masanya anda tinggalkan kerusi meja dan siap berkemas.

3) BUKAN SOAL GAJI

  Sudah pastinya soal gaji menjadi antara aspek utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Namun, jika gaji lumayan yang ditawarkan masih belum mampu menggembirakan anda, malah masih membuat anda gusar dan tidak tenteram, pastinya terdapat faktor lain. Selidik faktor-faktor tersebut dan peranginya sehabis baik. Jika masih tidak berhasil, apa lagi yang anda tunggu?

4) BERSENDIRIAN

   Pernahkah anda merasa sunyi di tempat kerja? Walaupun dikelilingi rakan sekerja yang ramai, namun anda masih mengalami masalah pergaulan dan sukar untuk bersama dalam kelompok mereka.
  Berdasarkan kajian Office Network, komunikasi dua hala adalah positif antara penjawat-penjawat lain dalam sebuah organisasi amat penting dan memberi kesan positif dalam gerak kerja serta prestasi secara keseluruhan.

5) TIADA PERKEMBANGAN

    Anda salah pilih kerjaya atau berada dalam pekerjaan yang salah jika tidak memiliki kesempatan untuk meningkatkan keupayaan diri sendiri atau tidak dapat mengambil apa-apa keuntungan daripada bidang yang anda ceburi. Pekerjaan yang sempurna ialah pekerjaan yang memberikan laluan untuk anda berkembang dari segi intelektual, prestasi, output, dan komunikasi dari semasa ke semasa.

6) DOMINASI MALU 

    Apabila anda keluar bersama rakan-rakan (bukan sepejabat), anda seolah-olah malu dengan pekerjaan anda. Anda mencuba sehabis baik untuk tidak menyentuh sebarang topik perbualan mengenai kerjaya anda sekarang.
    Pastinya,anda telah didominasi oleh perasaan malu. Perasaan malu secara tidak langsung menghambat kemampuan diri untuk menjadi efektif daripada menjalin hubungan dengan dunia luar.

7) TERLEPAS PANDANG 

   Sekiranya rakan sepejabat mendapat kenaikan gaji atau pangkat, sedangkan anda pula tidak (tidak berganjak), walaupun anda yakin anda berhak (dari segi kelayakan, tarikh mula berkhidmat), maka ini juga petanda kemungkinan bahawa anda tidak akan kekal lama.

Namun kebanyakannya (takut meninggalakan kerja sekarang kerana risau tidak mendapat kerja lain di masa hadapan) ia merupakan antara punca pekerja masih kekal di tempat kerja lama walaupun mereka tahu mereka salah pilih kerjaya mereka.

Kesimpulannya, bermula dari minda kita, fikir dan rancang pekerjaan yang kita impikan sebelum terlambat dan buat pilihan perkerjaan yang lebih baik dari sebelum ini. Sama-sama kita memajukan diri.