Melalui pemerhatian dan kebanyakkan kes yang di terima, lebih
1 per 5 daripada 10 pesakit yang mengalami masalah sendi terseliuh melakukan
kesilapan. Ia sama ada daripada individu itu sendiri atau kenalan (keluarga/rakan) yang
melakukannya. Ini menunjukkan bahawa masih ramai masyarakat yang tidak peka tentang
perawatan awal sekiranya berlaku Sprained atau terseliuh pada mana-mana
anggota sendi. Berikut dapat diringkaskan antara 4 kesalahan apabila terseliuh yang dilakukan kebanyakan orang.
Kesalahan #1-
Banyak Bergerak
Bagi kesalahan ini, ia banyak dilakukan golongan muda yang mana aktif dalam kehidupan mereka.
Seringkali mereka tidak mengendahkan keadaan bahagian anggota yang terseliuh
dan melakukan aktiviti hariannya samaada terus dengan bersukan atan
berjalan-jalan. Pergerakan yang banyak pada bahagian yang tercedera ini bukan
sahaja menambah kesan kebengkakan tetapi melambatkan proses penyembuhan
dalaman.
p/s : Reduce the movement / Kurangkan
dan limitkan pergerakkan pada bahagian yang terseliuh supaya ia dapat membantu
mempercepatkan proses penyembuhan tisu dalaman.
Kesalahan #2 -
Tuam Air Suam
Purata pesakit
yang melakukan perkara ini adalah terdiri daripada golongan berusia atau orang
lama. Malah tidak telepas golongan dewasa yang berpendidikan tinggi juga.
Mereka beranggapan bahawa menuam bahagian terseliuh dengan air suam boleh
menghilangkan kesakitan kerana sudah terbiasa dengan kata-kata orang-orang
dahulu.
Sebenarnya, ia bukan sahaja akan menambahkan kesakitan malah menambahkan
kesan bengkak pada kawasan terseliuh. Ini kerana, haba panas yang di tuam akan merangsang pengembangan
salur darah serta pangaliran darah dan sekaligus kemerahan dan bengkak
bertambah.
p/s : Elakkan menuam menggunakan air suam / panas, sebalikknya menggunakan
air sejuk atau Ice dan ini secara
langsung dapat mengurangkan kesakitan dan kebengkakan pada bahagian yang
terseliuh.
Kesalahan #3 –
Mengurut
Masyarakat melayu khususnya gemar dengan rawatan kampung dan kebanyakannya
menggunakan teknik mengurut selain penggunaan herba. Tidak salah untuk
mengambil rawatan kampung dan mengurut, tetapi menjadi kesalahan apabila mengurut
pada bahagian yang bengkak sprained tersebut
kerana ini akan menggalakkan pengumpulan darah serta cecair dan menyebabkan
bengkak bertambah teruk selain mengganggu proses penyembuhan dan penyambungan
tisu / ligamen.
p/s : Gunakan teknik Compress iaitu membalut bahagian terseliuh menggunakan kain atau bandage dan ia sedikit sebanyak boleh mengurangkan pergerakan.
Tidak menjadi masalah jika mengurut pada bahagian tepi atau
hujung anggota apabila terseliuh tetapi tidak pada bahagian yang bengkak.
Kesalahan #4 -
Merendahkan
Maksud merendahkan di sini adalah merendahkan anggota
terseliuh daripada paras jantung dan ramai yang mengambil ringan perkara ini. Seringkali
mereka yang terseliuh merendahkan bahagian anggota tersebut bawah paras jantung tidak
kira sama ada berlaku pada bahagian tangan atau pergelangan kaki.
Sedar atau tidak, sebenarnya perkara ini mempengaruhi tempoh
proses penyembuhan. Ini kerana, apabila bahagian terseliuh direndahkan, akan
berlakunya pengumpulan cecair dan darah serta menambahkan kebengkakkan pada bahagian
tersebut.
p/s : Elevate atau
meninggikan bahagian terseliuh dapat mengurangkan kebengkakan selain membantu memendekkan
tempoh proses penyembuhan.
Jadi, pastikan 4 kesalahan ini sebagai panduan dan pengajaran supaya anda tidak tersilap langkah apabila terseliuh.