Selamat tahun baru 2013!
Semoga permulaan tahun ini lebih bermakna dengan azam tahun 2013 dan ada tekad untuk berubah kepada yang lebih baik dalam kehidupan kita semua. Soalan untuk diri anda, sudah ada azam baru? Kalau belum cepat-cepat fikir dan tulis. Saya sudah dan sudah pun buat sesi "AkuJanji" dan senarai untuk azam 2013 ini.
Percaya atau tidak sengat-sangat berbeza perasaan apabila kita hanya berfikir dalam 'hotak' dengan kita menulis atas sekeping kertas. Tak percaya? cuba anda tulis di atas sekeping kertas azam untuk tahun baru anda. ;)
Tidak lupa juga untuk cipta tekanan dalam diri anda untuk berubah kepada yang lebih berjaya dan bahagia.
Di sini saya ingin berkongsikan antara salah satu senarai baru azam tahun 2013 saya yang agak menarik dan mencabar sebagai contoh untuk anda mencipta tekanan dalam diri anda.
Azam Tahun 2013
"Saya berjanji sentiasa mengutamakan solat dan tidak akan meninggalkannya dan sekiranya saya meninggalkannya secara sengaja saya perlu membayar denda RM100 dan jika secara tidak sengaja saya perlu membayar denda RM10 kepada asnab (fakir miskin/ anak yatim/ masjid/ orang dalam kesusahan) dalam atau luar negara yang menimpa bencana atau apa sahaja pada hari yang tersebut tanpa sebarang penangguhan!"
Ada rasa tekanan dalam ayat di atas bukan, jadi nak tak nak saya terpaksa push diri saya untuk mengutamakan urusan saya dengan Allah s.w.t.
ps : Semoga tanamkan azam baru yang membawa kepada yang positif, selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment