Sedar atau tidak, kebanyakan daripada masyarakat hari ini tidak mengambil berat soal kemahiran dan mendalami ilmu pertolongan cemas. Mereka beranggapan ilmu pertolongan cemas ini hanya perlu di lakukan oleh anggota kesihatan sahaja atau paramedik. Pendapat ini saya tidak setuju sama sekali.
Sebab itu saya berani katakan ramai yang melihat sahaja mangsa kemalangan yang cedera di jalan-jalan raya atau di mana pun tanpa memberi apa-apa pertolongan awal kecemasan.
Mengikut pendapat pakar-pakar perubatan kecemasan, kemahiran pertolongan cemas adalah sangat penting, "sekiranya mangsa sesuatu kemalangan yang cedera di berikan rawatan dalam tempoh yang di sebut Golden Hour, mangsa tersebut akan dapat pulih dan dapat mengelakkan seseorang itu mengalami kecacatan atau kematian".
Yang dimaksudkan Golden Hour ini adalah tempoh masa terakhir antara beberapa minit hingga ke beberapa jam selepas seseorang mangsa mengalami kecederaan (traumatik) yang mana ketika ini adalah waktu yang sangat penting untuk mangsa menerima bantuan kecemasan dan perubatan yang boleh mengelakkan kematian.
Sebenarnya semua orang boleh belajar tentang pertolongan cemas, semuanya terletak pada diri masing-masing sama ada perlu atau tidak. Dan jika terkena pada ahli keluarga kita atau orang yang terdekat, jangan kita salahkan paramedik atau anggota kesihatan kerana kelewatan mereka. Sebenarnya dengan pengetahuan dan kemahiran yang asas, bantuan awal kecemasan sudah boleh di berikan oleh anda sendiri di rumah atau di mana sahaja.
Semua ilmu dan kemahiran ini boleh di dapati dalam satu panduan yang padat dan lengkap tentang asas pertolongan cemas khas untuk mereka yang baru dan tidak tahu di dalam kemahiran pertolongan cemas atau mereka yang sudah biasa dengan ilmu ini sebagai 'guideline' untuk lebih mahir lagi dalam ilmu pertolongan cemas.
KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut --->> http://bit.ly/panduan-pertolongancemas
No comments:
Post a Comment