Saya menjemput anda yang sedang membaca untuk share apa yang ingin di sampaikan dalam artikel ini sekiranya memberi manfaat dan secara tidak langsung dengan usaha anda itu anda mampu
menyelamatkan nyawa seseorang dengan pengetahuan asas yang akan dikongsikan.
Sebelum itu saya ingin berkongsi satu kisah seorang perempuan lewat
50an yang diserang strok.
“Semasa menjamu selera di suatu majlis, seorang
perempuan terduduk dan terjatuh ke tanah. Dia menyatakan kepada orang ramai
bahawa dia tidak apa-apa, dan mereka mencadang untuk minta bantuan paramedik.
Dia berkata bahawa dia hanya terpijak lubang kecil pada tanah dan di sebabkan
juga kasut tumit tingginya yang baru dibeli.
Lantas membersihkan pakaian dan mengambil makanan
yang lain. Walaupun dia kelihatan sedikit menggigil seperti seorang yang kesejukan,
dia terus menikmati saki baki waktu petangnya.
Beberapa jam kemudian, suaminya memberitahu semua
bahawa isterinya telah di kejarkan ke hospital dan telah meninggal dunia. Dia
disahkan di serang strok semasa menjamu selera. Suaminya berkata : ‘jika waktu
itu mereka tahu bagaimana mengenalpasti tanda-tanda strok, pasti dia akan bersama
kita hari ini.’
Pakar neurologi berkata, jika beliau boleh
bersama mangsa dalam tempoh 3 jam awal, dia boleh kembali pulih daripada
penyakit strok sepenuhnya. Dan
pentinggnya untuk mengenalpasti, mendiagnosa dan memberi bantuan perubatan
dalam tempoh kurang daripada 3 jam." -Medford
Chason-
Kekurangan kemahiran di kalangan masyarakat boleh mengundang bencana kepada mangsa. Mangsa strok berkemungkinan mengalami kerosakkan otak yang teruk (severe) apabila masyarakat yang berdekatannya tidak dapat mengenalpasti simptom awal strok ini.
Kadangkala simptom strok atau angin ahmar ini sukar untuk di kenalpasti tetapi tidak mustahil jika setiap orang tahu caranya.
Adalah penting untuk mengenalpasti sama ada seseorang itu mengidap strok atau tidak dengan mengetahui asas “4 Formula kenalpasti strok/angin ahmar” berikut dengan mengingati “SCAL”.
Kadangkala simptom strok atau angin ahmar ini sukar untuk di kenalpasti tetapi tidak mustahil jika setiap orang tahu caranya.
Adalah penting untuk mengenalpasti sama ada seseorang itu mengidap strok atau tidak dengan mengetahui asas “4 Formula kenalpasti strok/angin ahmar” berikut dengan mengingati “SCAL”.
Mulai sekarang sesiapa
sahaja boleh mengenalpasti tanda-tanda strok mengikut 4 Formula ringkas dengan mengingati
SCAL:
S *Senyum – minta dia untuk
Senyum pada anda.
C *Cakap – minta dia untuk Bercakap dan sebut perkataan ringkas.
A *Angkat – minta dia
untuk Angkat kedua-dua tangan.
L *Lidah – minta dia keluarkan Lidah.
L *Lidah – minta dia keluarkan Lidah.
(kaedah ini adalah kaedah baru, sekiranya lidah yang di keluarkan kearah kiri
atau kanan maka ia adalah salah satu tanda-tanda strok.)
Sekiranya dia /pesakit menghadapi masalah salah satu daripada langkah di atas, buat panggilan kecemasan dan jelaskan simptom tersebut kepada operator panggilan.
Sekiranya dia /pesakit menghadapi masalah salah satu daripada langkah di atas, buat panggilan kecemasan dan jelaskan simptom tersebut kepada operator panggilan.
ps : semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.
pss : Untuk ayahanda yang sedang menghidap strok..
No comments:
Post a Comment