Ilmu Pertolongan Cemas - Panduan asas

Seperti kita sedia maklum, pertolongan cemas adalah suatu pengetahuan dan kemahiran yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Pertolongan cemas melibatkan tindakan awal kita yang sebenarnya mampu mengelakkan kecacatan pada seseorang dan menyelamatkan nyawanya.

Sedar atau tidak, kebanyakan daripada masyarakat hari ini tidak mengambil berat soal kemahiran dan mendalami ilmu pertolongan cemas. Mereka beranggapan ilmu pertolongan cemas ini hanya perlu di lakukan oleh anggota kesihatan sahaja atau paramedik. Pendapat ini saya tidak setuju sama sekali.

Sebab itu saya berani katakan ramai yang melihat sahaja mangsa kemalangan yang cedera di jalan-jalan raya atau di mana pun tanpa memberi apa-apa pertolongan awal kecemasan. 

Mengikut pendapat pakar-pakar perubatan kecemasan, kemahiran pertolongan cemas adalah sangat penting, "sekiranya mangsa sesuatu kemalangan yang cedera di berikan rawatan dalam tempoh yang di sebut Golden Hour, mangsa tersebut akan dapat pulih dan dapat mengelakkan seseorang itu mengalami kecacatan atau kematian". 

Yang dimaksudkan Golden Hour ini adalah tempoh masa terakhir antara beberapa minit hingga ke beberapa jam selepas seseorang mangsa mengalami kecederaan (traumatik) yang mana ketika ini adalah waktu yang sangat penting untuk mangsa menerima bantuan kecemasan dan perubatan yang boleh mengelakkan kematian.



Sebenarnya semua orang boleh belajar tentang pertolongan cemas, semuanya terletak pada diri masing-masing sama ada perlu atau tidak. Dan jika terkena pada ahli keluarga kita atau orang yang terdekat, jangan kita salahkan paramedik atau anggota kesihatan kerana kelewatan mereka. Sebenarnya dengan pengetahuan dan kemahiran yang asas, bantuan awal kecemasan sudah boleh di berikan oleh anda sendiri di rumah atau di mana sahaja.

Semua ilmu dan kemahiran ini boleh di dapati dalam satu panduan yang padat dan lengkap tentang asas pertolongan cemas khas untuk mereka yang baru dan tidak tahu di dalam kemahiran pertolongan cemas atau mereka yang sudah biasa dengan ilmu ini sebagai 'guideline' untuk lebih mahir lagi dalam ilmu pertolongan cemas. 

KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut --->> http://bit.ly/panduan-pertolongancemas


4 Formula kenalpasti Strok / Angin ahmar

Strok atau angin ahmar sudah ada panduan tambahan! Yang menjadikan ia kepada 4 daripada 3 formula sebelum ini untuk mengenalpasti penyakit strok. Jadi teruskan membaca.


Saya menjemput anda yang sedang membaca untuk share apa yang ingin di sampaikan dalam artikel ini sekiranya memberi manfaat dan secara tidak langsung dengan usaha anda itu anda mampu menyelamatkan nyawa seseorang dengan pengetahuan asas yang akan dikongsikan. 

Sebelum itu saya ingin berkongsi satu kisah seorang perempuan lewat 50an yang diserang strok.

“Semasa menjamu selera di suatu majlis, seorang perempuan terduduk dan terjatuh ke tanah. Dia menyatakan kepada orang ramai bahawa dia tidak apa-apa, dan mereka mencadang untuk minta bantuan paramedik. Dia berkata bahawa dia hanya terpijak lubang kecil pada tanah dan di sebabkan juga kasut tumit tingginya yang baru dibeli.

Lantas membersihkan pakaian dan mengambil makanan yang lain. Walaupun dia kelihatan sedikit menggigil seperti seorang yang kesejukan, dia terus menikmati saki baki waktu petangnya.

Beberapa jam kemudian, suaminya memberitahu semua bahawa isterinya telah di kejarkan ke hospital dan telah meninggal dunia. Dia disahkan di serang strok semasa menjamu selera. Suaminya berkata : ‘jika waktu itu mereka tahu bagaimana mengenalpasti tanda-tanda strok, pasti dia akan bersama kita hari ini.’

Pakar neurologi berkata, jika beliau boleh bersama mangsa dalam tempoh 3 jam awal, dia boleh kembali pulih daripada penyakit  strok sepenuhnya. Dan pentinggnya untuk mengenalpasti, mendiagnosa dan memberi bantuan perubatan dalam tempoh kurang daripada 3 jam." -Medford Chason-

Kekurangan kemahiran di kalangan masyarakat boleh mengundang bencana kepada mangsa. Mangsa strok berkemungkinan mengalami kerosakkan otak yang teruk (severe) apabila masyarakat yang berdekatannya tidak dapat mengenalpasti simptom awal strok ini.

Kadangkala simptom  strok atau angin ahmar ini sukar untuk di kenalpasti tetapi tidak mustahil jika setiap orang tahu caranya. 

Adalah penting untuk mengenalpasti sama ada seseorang itu mengidap strok atau tidak dengan mengetahui asas “4 Formula kenalpasti strok/angin ahmar” berikut dengan  mengingati “SCAL”. 

Mulai sekarang sesiapa sahaja boleh mengenalpasti tanda-tanda strok mengikut 4 Formula ringkas dengan mengingati SCAL:

S *Senyum – minta dia untuk Senyum pada anda.

C *Cakap – minta dia untuk Bercakap dan sebut perkataan ringkas.

A *Angkat – minta dia untuk Angkat kedua-dua tangan.

L *Lidah – minta dia keluarkan Lidah.
(kaedah ini adalah kaedah baru, sekiranya lidah yang di keluarkan kearah kiri atau kanan maka ia adalah salah satu tanda-tanda strok.)

Sekiranya dia /pesakit menghadapi masalah salah satu daripada langkah di atas, buat panggilan kecemasan dan jelaskan simptom tersebut kepada operator panggilan.


Seorang Kardiologis berkata, sekiranya setiap orang yang membaca dan memberitahu kepada 10 orang yang lain tentang formula ini. Anda dapat menyelamatkan paling tidak seorang nyawa.

ps : semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.

pss : Untuk ayahanda yang sedang menghidap strok..

Kejayaan datang kerana Menulis


Mungkin anda terfikir tajuk dan isi kandungan sejak kebelakangan ini lari daripada konsep blog ini ditubuhkan. Ini adalah kerana saya telah mendapat satu bebanan yang berat menimpa bahu saya apabila masalah untuk berjaya datang dengan bertalu-talu dan pelbagai bentuk dari segenap sudut kehidupan saya.



Oleh kerana itu, cara yang terbaik adalah saya memotivasikan diri sendiri terlebih dahulu untuk tidak down di masa akan datang dan sebab itulah untuk saya berjaya salah satunya adalah dengan MENULIS. Kenapa? 

Sedar atau tidak, ramai golongan yang berjaya dan berstatus jutawan mereka bermula dengan MENULIS. O.o"


MENULIS di sini bukan bermaksud anda perlu mengarang dan menjadi seorang penulis sebuah buku tetapi maksud di sini adalah MENULIS IMPIAN anda di atas sekeping kertas. 

Itulah yang saya lakukan sekarang ini dan untuk berjaya dan menjemput kejayaan datang adalah dengan MENULIS IMPIAN, KEINGINAN dan PERANCANGAN saya. Dengan cara ini saya dapat merasakan feel yang berbeza jika hanya sekadar memikirkannya. Kerana otak manusia senang lupa kerana tidak di amalkan kecuali jika seseorang diulangi secara berterusan serta teratur.

Dengan cara inilah juga saya memotivasikan diri untuk lebih bersemangat dan berkeyakinan dalam menghadapi masalah yang sedang dan bakal tiba dengan cara MENULIS setiap satu persatu masalah yang dihadapi dan cari penyelesaiaannya.

Semoga dipermudahkanNya.

Klik Di Sini --->> http://bit.ly/rahsia-menulis



Azam Tahun 2013 buat Tekanan Dalam Hidup Saya

Selamat tahun baru 2013!

Semoga permulaan tahun ini lebih bermakna dengan azam tahun 2013 dan ada tekad untuk berubah kepada yang lebih baik dalam kehidupan kita semua. Soalan untuk diri anda, sudah ada azam baru? Kalau belum cepat-cepat fikir dan tulis. Saya sudah dan sudah pun buat sesi "AkuJanji" dan senarai untuk azam 2013 ini.

    Percaya atau tidak sengat-sangat berbeza perasaan apabila kita hanya berfikir dalam 'hotak' dengan kita menulis atas sekeping kertas. Tak percaya? cuba anda tulis di atas sekeping kertas azam untuk tahun baru anda. ;)

Tidak lupa juga untuk cipta tekanan dalam diri anda untuk berubah kepada yang lebih berjaya dan bahagia. 
     
      Di sini saya ingin berkongsikan antara salah satu senarai baru azam tahun 2013 saya yang agak menarik dan mencabar sebagai contoh untuk anda mencipta tekanan dalam diri anda.


Azam Tahun 2013
"Saya berjanji sentiasa mengutamakan solat dan tidak akan meninggalkannya dan sekiranya saya meninggalkannya secara sengaja saya perlu membayar denda RM100 dan jika secara tidak sengaja saya perlu membayar denda RM10 kepada asnab (fakir miskin/ anak yatim/ masjid/ orang dalam kesusahan) dalam atau luar negara yang menimpa bencana atau apa sahaja pada hari yang tersebut tanpa sebarang penangguhan!"


Ada rasa tekanan dalam ayat di atas bukan, jadi nak tak nak saya terpaksa push diri saya untuk mengutamakan urusan saya dengan Allah s.w.t.

ps : Semoga tanamkan azam baru yang membawa kepada yang positif,  selamat mencuba.