Antara tarikh-tarikh yang tidak dapat di lupakan ialah 09 Julai 2012, kerana tarikh itu bermulanya tanggungjawab baru saya bertugas di Klinik 1Malaysia (K1M).
Rasa Stress bercampur takut pun ade, macam-macam perkara yang bermain dalam fikirkan.
Almaklumlah, boleh dikategorikan status junior la katakan. Baru setahun jagung dah disuruh jaga klinik. (WTHeks!) O_o"
Dengan pengalaman yang tak seberapa dan ilmu yang masih cetek buatkan diri bertambah stress dan macam-macam perkara bermain dalam fikiran sendiri. Di pendekkan cerita, permulaan hari tu agak terkawal, sebab tak banyak pesakit yang datang. (lega)
Agak nervous pada permulaan, bila lama-lama nervous pun hilang. Bila tiba petang keadaan agak tenang tapi rasa letih, lesu, pening++ sebab melayan kerenah pesakit-pesakit yang datang.
Yang membuatkan diri lagi bertambah pening, bila terpaksa bekerja 12jam! (WTHekc!) disebabkan tak ada pengganti untuk sebelah malam.
Pejam celik, celik pejam, sekarang dah genap 3 bulan lebih saya 'menerajui pucuk pimpinan K1M' ini. :-p
Walau apa pun, saya ambil semua ini dari sudut pemikiran yang positif. =)
Jadi, saya pujuk hati saya sendiri dan 4 perkara ini yang saya dapat :
1) Diberi Kepercayaan
Walaupun masih berstatus Junior, saya tetap diberi kepercayaan ketua jabatan untuk mengendalikan K1M tersebut yang secara tidak langsung membuatkan diri ini dihargai. SoObb! :')
2) Dapat Pengalaman
Memang mencabar bila bekerja seorang diri, lagi-lagi bila terpaksa tengok semua kes sendiri, tak ada siapa-siapa pun yang boleh di tanya kalau ada masalah.
Jadi, ini adalah antara peluang keemasan untuk saya belajar dari pengalaman yang tidak semua orang boleh dapat. Lah ssangat!
Sampaikan ada kawan yang terkejut bila dapat tahu cerita saya.
[Kebanyakan petugas semua yang legend atau bahasa jawanya 'orang lama']
3) Jadi Doktor
Cita-cita masa kecik dulu teringin sangat nak jadi doktor, jadi hasilnya hari ini. Walaupun tidak bergelar doktor secara rasmi, tapi saya dikenali di kalangan pesakit dengan panggilan doktor. [boleh la]
4) 4 Dalam 1
Yang dimaksudkan 4 dalam 1 ini adalah dalam 1 hari saya membuat 4 kerja yang berlainan bidang. Bayangkan daripada buka klinik, daftar pesakit, periksa pesakit, dan pemberian ubat atau dispenser pun saya buat.
Apa yang saya dapat? Saya dapat belajar lebih dan jadi super hero sebab saya dapat buat semua benda.
Ce sebut "Hebat tak?" Hehe..
Jika difikirkan semua itu adalah di luar bidang saya kecuali periksa pesakit. Saya ambil semua ini sebagai satu cabaran bagi diri saya untuk maju kehadapan lagi. (walaupun agak stress)
Semua bermula dari pemikiran positif, jika fikiran positif, maka positiflah kesannya. Dan jika fikiran negatif, maka? Anda tahu jawapannya. :p [Syukur..]
Minda sihat, anda sihat.
Boleh baca kisah saya di Blog mR khAiR.